SELAMAT DATANG KE BLOG SURAU al rayyan, jp perdana
Surau Al-Rayyan
JP3 merupakan kawasan perumahan yang terletak di Taman JP Perdana kawasan
Tebrau, Bandar Johor Bahru, Johor. Taman JP Perdana mempunyi Phase 2,3,5,8. Jumlah
keseluruhan penduduk di taman JP Perdana seramai lebih kurang 5500 orang
dianggarkan 60% penduduk beragama Islam. Surau Al-Rayyan dibina sebagai
keperluan tempat ibadat yang mampu menampung keperluan dan penduduk Islam di kawasan
Taman JP Perdana. Buat masa sekarang, penduduk memanfaatkan fungsi surau yang di
bina oleh Penduduk Islam Taman JP Perdana sendiri.
Seiring
dengan perkembangan semasa, pihak Surau Al-Rayyan sedang berusaha untuk membina
dan membesarkan surau dari aspek fizikal dan meningkatkan fasilitinya untuk
keselesaan jemaah yang hadir ke surau. Pada bula ramadhan terutama untuk solat sunat
taraweh kehadiran jemaah yang singgah bersolat adalah ramai dan
memenuhi surau. Hal ini
menjadi rasional kepada keperluan pembesaran surau. Selain itu pihak jawatan
kuasa surau bercadang untuk membinakan bilik khas bagi sessi pengajian Al Quran
bagi kanak-kanak di premis surau yang bersesuaian bagi memenuhi keperluan
kanak-kanak di kawasan sekitar.
Jawatankuasa
bertindak yang ditubuhkan aklan memastikan keperluan terhadap sebuah tempat
beribadah selesa dan mampu menampung jumlah jemaah yang sedia ada bagi
menyuburkan Islam dikalangan masyarakat setempat terutamanya di sekitar Taman
JP Perdana. Pembesaran dan pengubahsuaian surau ini juga tidak lansung
menggalakkan para penduduk terutamanya anak-anak muda Islam ke arah
mendekatkan diri kepada ilmu dan agama di samping memupuk dan dapat membentuk
sahsiah yang baik.

No comments:
Post a Comment