Profile Surau

SELAMAT DATANG KE BLOG SURAU al rayyan, jp perdana


Surau Al-Rayyan JP3 merupakan kawasan  perumahan yang terletak di Taman JP Perdana kawasan Tebrau, Bandar Johor Bahru, Johor. Taman JP Perdana mempunyi Phase 2,3,5,8. Jumlah keseluruhan penduduk di taman JP Perdana seramai lebih kurang 5500 orang dianggarkan 60%  penduduk beragama Islam. Surau Al-Rayyan dibina sebagai keperluan tempat ibadat yang mampu menampung keperluan dan penduduk Islam di kawasan Taman JP Perdana. Buat masa sekarang, penduduk memanfaatkan fungsi surau yang di bina oleh Penduduk Islam Taman JP Perdana sendiri.

Seiring dengan perkembangan semasa, pihak Surau Al-Rayyan sedang berusaha untuk membina dan membesarkan surau dari aspek fizikal dan meningkatkan fasilitinya untuk keselesaan jemaah yang hadir ke surau. Pada bula ramadhan terutama untuk solat sunat taraweh kehadiran jemaah yang singgah bersolat adalah ramai dan memenuhi surau. Hal ini menjadi rasional kepada keperluan pembesaran surau. Selain itu pihak jawatan kuasa surau bercadang untuk membinakan bilik khas bagi sessi pengajian Al Quran bagi kanak-kanak di premis surau yang bersesuaian bagi memenuhi keperluan kanak-kanak di kawasan sekitar.

Jawatankuasa bertindak yang ditubuhkan aklan memastikan keperluan terhadap sebuah tempat beribadah selesa dan mampu menampung jumlah jemaah yang sedia ada bagi menyuburkan Islam dikalangan masyarakat setempat terutamanya di sekitar Taman JP Perdana. Pembesaran dan pengubahsuaian surau ini  juga tidak lansung menggalakkan para penduduk  terutamanya anak-anak muda Islam ke arah mendekatkan diri kepada ilmu dan agama di samping memupuk dan dapat membentuk sahsiah yang baik.

No comments:

Post a Comment